Thursday, June 30, 2016

blog revamped!

assalamualaikum and hi.

alhamdulillah finally dapat juga hasilkan satu post walaupun dah almost setahun tinggalkan blog T.T  sementara cuti 3 bulan setengah ni haruslah aku membuat sesuatu yang bermanfaat supaya tak menyesal di kemudian hari.

i grew up with this blog.start blogging since 16 years pastu bila sekarang aku baca balik posts dulu rasa cam malu dengan diri sendiri amende ni dik cakap pasal cinta islamik segala ni dik ko ingat dunia remaja ni pasal cinta semata ke dik ek ele.aku syak kalau aku boleh jumpa diri aku yang dulu aku akan hantukkan sikit kepala dia kat dinding supaya neuron di otak bersambung dan boleh berfikir dengan baik.

aku tahu kita semua pernah melalui zaman remaja baru nak up + krisis identiti.harini rasa cam rasa nak jadi solehah ala-ala ustazah pilihan,esok rasa macam eh jiwa memberontak nak jadi taylor swift la pulak.lusa pulak rasa cam nak tulis pasal crush hahaha serius malu k bila baca balik ee apeni dahla jiwang pastu cakap pasal cinta je(padahal masa tu takpernah bercinta pun lagi) (cey sekarang dah bercinta ke) ee dahla cheesy dan baru mengenal erti hidup,pastu tunjukkan kejahilan pada dunia pula.huwaa syukur ada butang delete.dapatlah aku memadam semua entry yang tidak memberi manfaat langsung kepada ummat sejagat.

so yea,sekarang ni tinggalla few entries saja(and insyaAllah to more entries coming soon).doakanlah aku selalu dapat ilham nak tulis benda-benda yang bermanfaat tau.penatla jadi orang yang tak buat apa-apa untuk kehidupan ni :(

sejak duduk di mesir ni aku selalu rasa inferior tau sebab sekeliling sume orang hebat-hebat,so aku selalu rasa insecure ala aku ni tak hebat pun nak tulis benda benda agama ni dahla pelajar picisan je.selalu rasa cam eh boleh ke aku tulis cani nanti orang dapat message yang betul ke?ke ada better way to express this?(pastu end up tak tulis pape) dan selalu jugak insecuree takut orang tengok kita kekonon tulis ala-ala dakwah tapi bila tengok dekat real life biasa je.tak suka la bila orang letak high expectation tapi realiti tak seindah yang disangka.aku ni ibarat pepasir di tepian pantai je T.T


akhir kata,aku memohon maaf kalau aku ada terkasar bahasa di sepanjang penulisan blog ini.doakanlah aku dapat improve penulisan aku dan tulis yang baik-baik saja.thank you kalau ada yang baca blog ni dari zaman aku mengenal dunia sehingga sekarang.may Allah bless!

syukran jazilan kathiran=))

2 comments:

'/>