Friday, May 23, 2014

Selamatkan Cinta

bismillah,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

assalamualaikum and hye.

sejak dari kecil kita sudah diajar untuk membaca Al-Quran.step demi step.langkah demi langkah.dari alif ba ta sampai ya.dari muqaddam sampai ke mushaf.ingat lagi dulu masa kekecik pergi mengaji kalau boleh akulah orang paling nak hafal banyak paling nak banyak tasmik paling banyak ustazah rekod bacaan ha apa lagi.pastu bila nampak member lebih sikit dari aku mulalah tak senang hati.eheh.

sampai sekolah menengah.disebabkan duduk asrama,dah start culas.tambahan lagi bila jadual harian dipenuhi homework aktiviti koku prep dan sebagainya,lagilah aku liat nak baca.bila free je tak tahu kenapa rasa macam ala nak baca tapi dah mengantuk lepastu homework banyak oklah esok esok lah.hal ini berlarutan sampailah aku dewasa sikit iaitu masa form 4 & form 5.waktu tu sebab dah start terlibat dengan dakwah nak tak nak haruslah improve diri supaya jadi qudwah untuk orang lain.tapi most of the time memang baca Quran,sekadar baca,cukup-cukup syarat je untuk lengkapkan mutabaah amal.hm.

lepastu bila masuk Azhar,start belajar arab dengan lebih detail compared dengan sekolah menengah.sejak dulu memang suka gila arab sampai ada cita-cita nak jadi Muna Jasman DJ IKIM tu.poyo kan??haha.then i guess dari sini kot starting point jatuh cinta tahap burung terbang ke awan(?) dan rasa curious nak tahu apa yang ada dalam Quran ni.sebab ustazah memang bila ajar nahu mesti bagi latihan i'rab dari ayat Quran untuk galakkan kita berinteraksi dengan Quran.and ada certain situasi yang kalau kita tak faham ayat tu dah acane nak i'rab en.so nak taknak memang kena cari maksud setiap ayat Quran dalam latihan jadi aku boleh menulis jawapan yang sahih jadi ustazah boleh bagi aku lima bintang.

lagipun bila duduk dalam suasana keliling orang arab pastu kalau pergi masjid selalu je imam baca surah pastu nangis dan aku pun rasa nak nangis jugak lah sebab rasa macam loser bila tak faham apa yang imam baca.macam how can that be kan dah ulang-ulang baca Quran sejak kecik amende lah ko ni takkan tak faham makna lagi kot.i mean like even surah-surah juz amma pun berapa kerat je dari kita yang bila sebut nama surah kita tersu dapat the main point surah tu cakap pasal apa.contoh eh;

"wey aku sedih lah suggest aku satu surah"
"bukak surah ad-dhuha.baca."
"asal lak.surah dhuha tu bukan cakap pasal waktu dhuha ke.apa kaitan dengan sedih pulak ish ko ni"
"tu lah dari kecik baca tapi tak faham makna.surah tu turun masa Allah nak pujuk Nabi Muhammad(saw)masa baginda dalam tahun kesedihan.soothing gila ok"
"oh ye ke...."

ustazah aku pernah pesan,the only thing yang hubungkan kita dengan agama adalah Quran.if kita sendiri tinggalkan Quran,then macam mana nak faham apa yang Allah nak kita buat?apa yang Allah larang kita buat.kalau kita kufur cemane keadaan kita kat akhirat nanti.kalau kita buat baik nanti apa ganjaran dekat akhirat.punyalah perfect sempurna Allah create Quran ni semua benda ada dalam satu mushaf.masalah hudud?rujuk Quran.masalah tutup aurat?rujuk Quran.adab sesama muslim?rujuk Quran.penciptaan manusia?rujuk Quran.dari sekecik-kecik sampai sebesar-besar perkara Allah letak dalam satu buku.

"dan tidaklah Kami turunkan buku ini(Quran) untuk menyusahkan kamu" (Thaha:2)

ummah sekarang tenat sebab jauhhhh sangat tinggalkan Quran.ye memang banyak tempat ajar Quran.pusat tahfiz merata-rata.but then kira lah berapa orang yang bila dah jadi hafiz/hafizah boleh betul-betul jaga Quran yang dalam dada.kekadang hanya sebab duduk dalam biah solehah bolehlah behave elok elok.tapi bila dah graduate lepas tu masuk uni/college/kerja berapa ramai dari kalangan huffaz tadi bebetul teguh berpegang dengan Quran.dan berapa ramai pulak yang hanyut.

bila fikir balik serius akan rasa macam nak menangis ike can i turn back to my childhood so that i can make a fresh start to study this Quran.moga untuk masa-masa yang kan datang Allah tetapkan hati atas ajaran Quran,selalu rasa rajin nak baca dan faham Quran.kita mulia sebab agama Islam.bila kita tinggalkan Quran,secara tidak langsungnya kita akan jauh dari Islam.

kekadang rasa macam funny jugak lah kot bila mulut kata nak syurga tapi bila dah start busy sikit tinggalkan Quran.sibuknya kejar dunia kejar deadline kejar duit padahal kat sana nanti Quran lah yang akan bagi syafaat.berkira dengan diri sendiri.diri sendiri pun taknak sacrifice padahal nanti yang nak rasa nikmat syurga tu kan diri sendiri.bukan orang lain.

nanti kan dekat akhirat Nabi akan sangat sedih dan mengadu dekat Allah sebab umat dia ni tinggalkan Quran.

"dan Muhammad berkata:Ya Tuhanku,sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini diabaikan" (Furqan:30)

Quran ni asalnya dulu kan dekat merata-rata.dekat kulit haiwan dekat dedaun dekat batu lepastu masa Perang Riddah (banyak sangat huffaz yang syahid) jadi Umar RA berbincang dengan Abu Bakr RA camne eh kita nak save Quran ni supaya generasi kita nanti dapat baca dan faham Quran.tak tidur ha Umar RA fikir cemane nak selamatkan Quran.fikir punya fikir dorang pun setuju untuk tulis Quran dalam satu buku.then panggil lah Zaid bin Thabit(penulis wahyu Rasulullah) untuk tulis Quran ni dalam satu buku.tahu tak apa reaksi Zaid RA ni?
dia cakap:"demi Allah sekiranya kamu menyuruh aku untuk mengalihkan bukit,nescaya ia lebih ringan dariku dari tugas ini(menulis Quran)".

so nak cakap lah kat sini para sahabat dedulu susah susah tau kumpulkan Quran dalam satu buku supaya Quran ni sampai kat kita,dan lepastu kita boleh baca,faham,ama dan lepastu jadi hebat macam dorang.kita ni mementang lah Quran dah depan mata je pemalas pulak nak bukak.


“Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini
kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalambentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur-tangan manusia. Setiap kata-katayang ada di dalamnya masih persis sama dengan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah
saw.

Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini,
kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh
berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu”
-Abul al ‘Ala Al Maududi


"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan(Quran) kepada Rasul,kamu lihat mata mereka dipenuhi air mata disebabkan kebenaran yang mereka ketahui(dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata,"Ya Tuhan,kami telah beriman ,maka catatlah kami bersama-sama orang yang menjadi saksi(atas kebenaran Quran dan kenabian Nabi Muhammad)" (Al-Maidah:83)




jom.selamatkan cinta kita?







p/s-cuti seminggu sempena pilihanraya.doakan yang terbaik untuk Mesir saya :')                                                                                                             
syukran jazilan kathiran=))

1 comment:

'/>