Monday, May 12, 2014

Jauh.

bismillah,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

assalamualaikum and hye.

hidup ni perjalanan yang panjang dan terlalu banyak perhentian,sampai kekadang tak tahu kemana lagi harus dibawakan langkah.

entah lah.kekadang hati dah penat disibukkan dengan hal dunia.rasa macam nak rehat kejap.kejap je.nak pergi somewhere yang takde orang.nak duduk sorang-sorang,sebab depan manusia pakai banyak mask.macam ok depan kawan pakai mask yang ni.depan family pakai mask ultraman pulak(eh ultraman ada mask ke).depan Tuhan je selesa jadi diri sendiri.sebab Tuhan tak judge.Tuhan won't say eh haritu ko bagi nasihat kat orang kan ha ni dah kena uji asal ko yang lembik.sebab tak kisahlah cari comfort kat sesiapa pun,in the end Tuhan juga The Ultimate Comforter.

manusia mudah lupa.Tuhan bagi senang sikit dah lari.Tuhan bagi susah sikit merungut Tuhan tak adil.sebab hati yang buruk kot,tu sebab asyik nampak semua negatif je.tak ke?

kekadang jealous tengok semorang dah contribute something untuk agama,semorang dah gerak makin laju dalam gerabak dakwah,semorang dah jadi better dari yang dulu,dan aku..takkan nak static je.bukan patutnya buat baik tu kena berlumba-lumba ke?(50;51)

kekadang confuse aku ni penat ke futur.tak malu ke mengaku daie tapi kejap rajin kejap culas?tak malu ke mengaku jadi daie tapi manja kena kentik ujian sikit je dah surrender?tak malu ke mengaku jadi daie tapi amal pun tunggang langgang?

kekadang kita ni sibuk nak jaga nama depan manusia.kitalah yang paling baik.paling solehah.update status nak islamik je.gambar insta pun caption ayuh ke masjid je.tapi kat dalam tak settle.nampak baik sebab nak suruh orang kata;"ok dia ni alim" "ok dia ni solehah"tapi hati hanya Tuhan yang tahu.

pernah terfikir nanti hari akhirat nanti hati ni ke yang aku nak bawak jumpa Tuhan.tak malu ke Tuhan bagi amanah kat dunia tapi kita ni hidup macam nak selamanya je.padahal sat lagi yang bawak balik jumpa Dia hati je.tanggalkan tudung labuh dan kopiah.adakah hakikatnya kita ni benar-benar beriman,ataupun bila dah tanggal pakaian keimanan nanti hati kita ni sama je dengan yang tak beriman?
reflect.

tunduklah,hati.
tunduk.
dunia ni tak selamanya.

“(Yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih”(As-Syu'ara;88)

(post ni aku tuju kat diri sendiri senanye.korang taklah kot)




p/s:macam emo je post ni.nah smiley sikit :) :)





syukran jazilan kathiran=))

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete

'/>