Saturday, January 11, 2014

Tipulah.

Bismillah،in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

Assalamualaikum & hye.

So yes its been quite a long time since the last time i've got a proper sit down with my blog.oh sebelum tu Mesir kirim salam dia pesan doakan dia dengan buah hati dia Al-Azhar untuk tough dan kuat sebab lately banyak sangat virus kudeta cuba nak rosakkan ruh & jasad diorang.so mohon bagi virtual injection yang ada antivirus doa supaya mereka boleh survive dan sihat semula.(wah terasa genius pulak guna istilah medic ni lulz)

"Kuat mana pun iman dia،tipulah kalau dia tak pernah terpesona dengan indahnya dunia."

Walau dia istiqamah tudung labuh 24 jam،tipulah kalau dia tak teringin nak pakai shawl lilit lilit macam orang lain.

Walau prinsip dia "no love before marriage"،tipulah kalau dia tak jeles bila tengok member bergayut dengan boyfriend tetiap malam.

Walau dia kata hati dia tough dan kuat seperti adamantium،
tipulah kalau dia tak pernah jatuh suka pada sesiapa.

walau dia thiqah cemana pun،tipulah kalau dia tak pernah kalah dengan ujian dunia.

walau dia tweet dakwah & post islamik twenty four seven،tipulah kalau mutaba'ah amal dia sentiasa sempurna.

sebab kita manusia،bukan robot mahupun terminator.
sebab kita manusia،bukan malaikat yang imannya maintain sentiasa.
sebab kita manusia،bukan nabi yang imannya makin menaik seiring berlalunya masa.

hati kita ni sifat dia berbolak-balik.boleh jadi dia beriman dengan Allah masa pagi،tapi kafir pada waktu petang.semuanya di bawah kuasa Dia.kalau Dia nak،boleh ubah hati kita dalam split second je.

sebab tu kita disyorkan baca doa ni،
ﻳﺎ ﻣﻘﻠﺐ ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ ﺛﺒﺖ ﻗﻠﻮﺑﻨﺎ ﻋﻠﻰ ﺩﻳﻨﻚ ﻭﻋﻠﻰ ﻃﺎﻋﺘﻚ

"Wahai yang membolak-balikkan hati،tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu"

kekadang bila rasa nak buat maksiat tu fikir dulu wait kau ni mampu ke nak face Allah hari akhirat nanti dengan dosa yang menimbun ni haa tak mampu kan kalau tak mampu janganlah buat.tak takut azab Allah ke haa cakap cemtu dengan diri sendiri.

dalam Quran Allah ceritakan banyak sangat tentang azab untuk orang yang tak taat dengan Dia siap details lagi nanti kalau masuk neraka makan apa minum apa seksaan dia cemane rupa malaikat yang sambut kat pintu cemane tapi kita pandang sebelah mata je amboi sombongnya kita.

dan Allah describe jugak tau nikmat untuk orang yang beriman ce imagine ada wildan handsome handsome bidadari cun cun bermata jeli ada minuman sedap sedap pakai baju sutera dan memacam lagi tapi nak kata betapa indahnya syurga tu sampai tak terbayang.dan yang bestnya keindahan tu semua everlasting.kekal.forever.pergh tak
cukup menggiurkan ke?

ha kalau teringin،buatlah cara teringin.nak،buatlah cara nak.orang dedulu kemain sacrifice semua harta darah hatta nyawa kita ni nak suruh beribadah pun culas.macam hek eleh sangat tau perangai tu *cakap dengan cermin*

"wahai orang yang beriman، hendakkah aku tunjukkan kamu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang tak terperi sakitnya?"

nak nak!(nada upin ipin pls)*ceh tetiba ada sound effect*

"berimanlah kepada Allah & Rasul،dan berkorbanlah di jalan Allah،dengan harta & diri kamu.."

(Surah As-Saff:10-11)

"wahai orang-orang yang beriman،apabila kamu menolong agama Allah،Allah akan menolong kamu،dan menetapkan kedudukanmu."
 
(Surah Muhammad:7)

beriman kepada Allah.pejamkan mata dan bebuat tak nampak je nikmat dunia yang menggoda ni.apa yang haram tu kejap je.yang halal tu selama lamanya.sabarlah dulu.

yakin dengan janji Allah.Allah dah janjikan memacam kenikmatan dekat syurga،dengan syarat taati perintah Dia.

tolong agama Allah.bila kita tolong agama Dia،Dia akan tolong kita get through segala ujian mahupun nikmat kat dunia.mesyi(ok)?

last but not least،
kalau nak hidup dalam syurga akhirat،hiduplah dalam penjara dunia.kalau nak hidup dalam penjara akhirat،hiduplah dalam syurga dunia.

pilihlah.

ok last ni janji yang last serius mesir kata dia rindu nak dengar suara korang buat qunut nazilah untuk dia tak cukup dengan injection doa dia mintak antibiotik qunut nazilah sekali.boleh tak alah member member kan takkan tak boleh pulak.

*nota awesome:terasa hipsterz seketika bila update blog menggunakan fon lulz gigih tak gigih.malas melayan kerenah dak laptop tu takleh detect broadband lah apa lah.sekarang ni saya tengah winter break sebulan doakan saya tak lagha dan boleh update entry banyak banyak.thanks ok dah bye assalamualaikum :)

Cairo،
120114.


syukran jazilan kathiran=))

2 comments:

  1. Thanks syukran afiffff :D sgt bermakna

    ReplyDelete
  2. Afif, I really like this entry and I miss you :( Mohon cepat-cepat balik Mesia, hihi. Cuti nnt skyp-ing okeyh :D

    ReplyDelete

'/>