Tuesday, October 1, 2013

Sandaran hati.

Bismillah,in the name of Allah The Most Compassionate The Most Merciful.

Assalamualaikum and hye.
So this gonna be my very last piece before sambung study,insyaAllah.

 
*************************************


Untuk setiap titis nikmat yang diberi,
yang tak pernah putus bertali-temali,
yang dah diguna pakai tiap inci,
namun hanya segelintir yang aku syukuri.

Untuk setiap daya kekuatan,
yang tiadalah datangnya tanpa izin Tuhan,
untuk setiap kali petunjuk yang dihadirkan
selepas kerap kali dah tersalah  jalan.

Untuk setiap rasa bahagia
yang didatangkan selepas derita,
untuk setiap butir hikmah yang aku jumpa
di setiap kali penghujung cerita.

Untuk tetap setia
walau mengingatiMu pun aku selalu lupa
untuk sentiasa ada
walau yang lain memilih untuk meninggalkan tanpa kata.

Untuk setiap rasa cinta
yang makin bercambah tiap masa
yang tak pernah pudar meski sesaat cuma





Allah,

jalan ini,
aku tahu banyak onak dan duri
yang setia menanti
di setiap kanan dan kiri

maka
tiadalah yang lebih aku ingini
daripada Engkau yang menjadi sandaran hati

melainkan agar dithabatkan diri
diluruskan langkah kaki
dan ditetapkan jasadi dan ruhi

untuk terus kencang berlari
mengejar redha,meraih syurgawi.



p/s:moga dalam setiap jambangan doa anda,
      ada sekuntum nama saya ;)



021013;0140



syukran jazilan kathiran=))

6 comments:

  1. where are you going to continue your study?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ooh., congratulation.. hope you study well there.. bittaufiq wannajah.. =D. and happy eid aidiladha, kullu 'am wa anti bialfi khair.

      Delete
  3. Kak Pipahh amek course ape? Semoga dipermudahkan-Nya, insyaAllah. Univ. mane?

    ReplyDelete
  4. rinduu blog coretan qalbi

    ReplyDelete

'/>