Saturday, February 16, 2013

"taknak kawan dengan Allah!"

bismillahirrahmanirrahim,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

assalamualaikum and hye :)

hamboi tajuk kemain tau kontroversi.kalah cerita shila amzah dengan sharnaaz ahmad dan ND lala.oopss.






Kita sering merasakan bahawa apa yang kita mahukan dalam kehidupan sering tidak Allah makbulkan. Sedangkan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya.Semestinya,kita harus memahami satu perkara;

1.bila Allah cepat memakbulkan sesuatu,maka Dia menyayangimu.

2.Apabila Dia lambat memakbulkan doamu,Dia ingin mengujimu.

3.Apabila Dia tak mengabulkan doamu,Dia merancang sesuatu yang lebih baik sebenarnya.




there are times when we want something really badly.tapi Allah tak bagi.cepat cepat kita protes.cepat-cepat kita merajuk.kita rasa Allah tu unfair.tak adil.kenapa ada benda yang Dia bagi kat orang lain,tapi tak bagi dekat kita.kadang-kadang kita seolah-olah mempertikaikan "kenapa Allah tak bagi benda ni kat aku,i deserve better kot."bentak hati kita.manusia,susah nak bersyukur dengan apa yang ada.


dalam hidup ni,kita kena jelas antara alat dan matlamat.matlamat untuk setiap muslim sepatutnya keredhaan Allah.untuk dekat dengan Allah.untuk mencintai Allah.dan alat adalah setiap perkara yang membolehkan kita dekat dengan Allah.tapi kadang-kadang kita tertukar antara dua benda ni.


kadang-kadang kita jadikan Allah sebagai alat,dan benda lain sebagai matlamat.contoh;kita nak sangat score dalam exam.nak dapai pointer four flat.maka haruslah dekatkan diri dengan at that time,pulun sesungguh buat solat hajat solat dhuha bangun qiyam puasa bla bla bla.dengan harapan Allah bagi kejayaan dekat kita.tapi masa result keluar,result kita tak sebaik yang disangka.terus kita nak marah-marah dengan Allah.tinggalkan semua amalan sunat bahkan yang wajib sekalipun ditinggal(nauzubillah).sebab kita rasa kita layak untuk dapat kejayaan tu,tapi Allah tak bagi.jadi kita rasa Allah tak adil.taknak beribadah banyak-banyak dah.



and that is a BIG problem.kita percaya Allah tu perancang terbaik,kita berdoa,"Ya Allah,jika kejayaan di dalam exam ni akan mendatangkan kebaikan di antara hubungan aku dan Engkau,berilah kejayaan yang cemerlang untukku.namun jika ia akan mendatangkan keburukan antara hubungan aku dan Engkau,maka Engkau lebih mengetahui yang terbaik."lepastu bila Allah takdirkan kita kurang berjaya.kita nak marah-marah.padahal tadi dah doa dah,mohon Allah bagi yang terbaik.tapi bila Allah dah bagi yang terbaik,kita persoalkan.huh.funny isn't it?mana tahu kalau kita dah dapat kejayaan kita semakin bongkak dengan kengkawan.mana tahu lepas dapat score four flat kita rasa malas nak study.kita tak tahu.tapi Allah tahu,semuanya.even apa yang tak terjangkau dek akal pemikiran kita.




Allah tak bekerja untuk kita.kita yang bekerja untuk Allah.Allah tak terima arahan dari kita.memanglah kadang-kadang kenyataan tu pahit untuk diterima,tapi kadang-kadang kita kena berhenti untuk persoalkan takdir,dan hidup mengikut apa yang Allah dah rancang untuk kita.kita ni manusia,dan selayaknya diberi ujian.stop complaining,stop comparing your life story with others.Allah knows best.and He is The Most Loving is The One who writes our life story.so,apa lagi yang perlu digusarkan?

Manusia merancang dengan penuh cita-cita,Allah merancang dengan penuh cinta.

If one door of happiness closes,Allah opens another one.but we cant see the opened door if we kept on crying at the closed one.

setiap daripada kita ni berhak diuji,dan akan diuji.awak ada bahagian awak,saya pun ada bahagian saya.nak menangis takpe,Allah tak marah.Allah marah kalau putus asa.





macam biasa,semua gembar kredit to kak fawae.pergilah terjah blog dan doodle doodle dia serius comeeeel sangat.

p/s~ paint tool sai punya trial period dah habis.still cari yang full version punya.dah lama tak doodle T_T






syukran jazilan kathiran=))

10 comments:

  1. nice2..sentap juge bile bace..sbb itulah yg selalu dibuat..this is a reminder..tanx for this~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.setiap dari kita berhak untuk berubah ke arah yang lebih baik,kann?

    barakallahu fik ^^

    ReplyDelete
  3. andai hati kita terdidik dan terasuh dengan satu daerah yang namanya REDHA,,insyaAllah semuanya manis dan indah2 belaka,,

    ReplyDelete
  4. thanx utk entry awk yg bgus utk santapan pelajar2 SPM yg sdg mnunggu kptsan nya.. alhamdulillah.syukran.

    ReplyDelete
  5. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  6. Bila beribadat jiwa kene tenang hati kene lapang baru khusyuk ..... tapi biler dah dalam kepala asyik fikir masalah and fikir mcm mana nak capai kejayaan. Solat tu jadi tak khusyuk malah kita mungkin akan di laknat oleh solat kita sendiri.

    Tak pe lah jika dikatakan meninggalkan solat asalkan tidak org puji dia kuat ibadat padahal ..... hati dia fikiran melayang-layang sewaktu amalan itu.

    Mahukah anda dikhianati solat anda sendiri kerana tidak khusyuk.

    Bukan senang nak khusyuk solat, dah baca lebih dari 5 buku pasal khusyuk solat. Saidina Ali pun ter tidak khusyuk di rakaat akhir hanya kerana teringat hadiah sejadah yang rasul s.a.w nak berikan if dia khusyuk sampai akhir.

    ReplyDelete

'/>