Tuesday, February 19, 2013

kisah aku,yang baru nak belajar bercinta (part I)

bismillahirrahmanirrahim,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

assalamualaikum and hye :)

*sapu-sapu sawang dekat blog* 


(penggunaan ganti nama diri 'aku' bertujuan supaya entry kelihatan lebih realistik)


***

 






saat malam menjelma,dan aku punya kisah yang tak tahu nak dicerita kepada siapa,maka di sinilah aku datang membawa hati yang lara.(waktu memalam memang bahasa aku kekadang boleh mengalahkan shakespeare mohon jangan tertipu lulz)okay masuk mood serius balik.

aku bukan sesiapa.aku perempuan biasa,yang punya cita-cita tinggi untuk ke syurga.satu masa dahulu,aku pernah jatuh tersungkur.aku pernah tersilap arah,dan saat itu aku tak tahu ke mana lagi harus dibawakan langkah.aku pernah tersalah tujuan,sebab masa tu aku hanya bergantung pada perasaan.aku pernah rasa aku hilang diri sendiri.dan mungkin juga aku pernah hilang hati.a complete lost.tapi aku tak pernah menyesal walaupun aku pernah punya masa silam yang mungkin tak seindah orang lain.aku tak pernah menyesal kenapa Allah letakkan aku di situ pada situasi itu,sebab kalau aku tak lalui semua tu,mungkin aku takkan kenal erti hidup bertuhan.aku takkan kenal apa itu iman.aku takkan kenal apa itu kepercayaan.

aku tak nak ungkit balik cerita tu.dan sungguh,aku tak suka kalau orang ungkit balik cerita lama.yang dulu tu,adalah kisah yang dulu.kalau kau nak judge aku berdasarkan cerita aku yang dulu,terpulang.aku tak kisah.sebab kekadang aku rasa aku dah penat dengan kerenah manusia.buat baik salah.buat jahat salah.habis tu aku nak buat apa?sebab tu kekadang aku malas nak amek port sangat pasal cakap-cakap manusia.yang penting aku usaha untuk buat apa yang Allah suka.bukankah redha Allah tu lagi utama?

aku suka bila aku rasa sedih,bila Allah uji,bila Allah duga.sebab bagi aku dengan cara tu lah aku lagi banyak spend masa dengan Dia.kadang-kadang bila Allah bagi nikmat ketawa riang gembira,dan hidup aku dikelilingi dengan manusia,aku banyak lupakan Dia.aku mengaku.sesusah-susah nak ingat Allah masa aku susah,susah lagi nak ingat Allah masa aku senang.

bila Allah uji,dan aku rasa masa tu takde siapa nak faham aku,aku dapat rasa Allah ada,dekat je dengan aku.aku dapat rasa,Allah sedang memeluk aku.aku dapat rasa,Allah sedang menenangkan aku dan waktu tu aku rasa,Allah je satu-satunya yang takkan tinggalkan aku walaupun satu detik.aku dapat rasa,cinta Allah tu macam satu benda yang subhanallah,infinity.sebab ada masanya orang yang paling kita cinta pun,tak dapat nak faham dan tolong kita.

bila baca Quran masa tengah hati brittle ala-ala swarovski ni,perghhh indah dia aku tak dapat nak ungkap dengan kata-kata.aku dapat rasa Allah bercakap dengan aku,rasa macam Allah tengah suruh aku bersabar dan bertahan,sebab Dia kata yang dia takkan kekalkan kesusahan tanpa datangkan kesenangan.Dia uji sebab nak aku kuat.Dia tahu apa yang aku rasa.Dia tahu semuanya,sama ada aku pendam atau zahirkan.Dia tahu setiap inci perasaan yang ada dalam jiwa.Dia yang cipta aku.Dia tahu limit aku takat mana.Dia takkan letakkan aku dalam kesusahan,kalau Dia tahu itu di luar kemampuan.bila Dia bagi ujian,Dia sebenarnya rindu nak dengar rintihan.Dia nak aku rely dekat Dia 24/7.Dia nak aku dekat dengan Dia setiap masa.

itu masa baca Quran,belum lagi cakap pasal Qiyamullail.Qiyamullail ni adalah sumber kekuatan yang paling mujarab dalam dunia,boleh kalahkan redbull,tongkat ali,kacip fatimah dan sewaktu dengannya.tentera Islam dulu-dulu iman dorang tough dan teguh sebab tahajjud tahu?faham tak rasanya bila Allah bangunkan aku setiap malam,semata-mata nak jumpa aku personally.bayangkan,dalam berbillion-billion zillion-zillion manusia yang tengah lena diulit mimpi,Allah takdirkan aku bangun semata-mata untuk jumpa Dia.solat waktu ni,feeling dia lain.sangat lain.dan kau takkan dapat rasa keindahan lain yang setanding dengannya.bila kau cerita macam-macam isi hati,harapan,cita-cita dan semua yang kekadang kau tak mampu nak luahkan dekat manusia,kau cerita dekat Dia.dan rasa macam Dia setia je mendengar. walaupun Dia dah tahu semua,tanpa aku cerita.tapi still,Dia dengar semuanya.Allah is The Best Listener,ever.

kekadang aku boleh je nak bajet tough bajet kuat depan semorang,tak kisahlah hebat mana ujian datang.tapi bila depan Allah,aku rasa airmata tu satu benda yang murah dan dah tak boleh nak sorokkan lagi.aku rasa aku takkan kuat,kalau bukan sebab kekuatan tu datang dari Dia.aku rasa aku ni hanya hamba yang hina dina.yang lemah tak berdaya.yang kalau bukan sebab dengan rahmat dan kasih-sayang Dia,aku tak rasa aku boleh hidup,sampai sekarang.walaupun dah banyak buat dosa,berjuta-juta bergunung-gunung berlaut-laut aku buat dosa,tapi masyaAllah pemurahnya Dia untuk bagi aku masa supaya lepas dah tersalah arah,aku boleh steer navigation ke arah yang betul.yang Dia redha.

hari demi hari,aku rasa hati aku makin bahagia.bahagia yang,tak tahu nak cakap macam mana.tak boleh diertikan dengan kata-kata.tapi kalau boleh aku nak rasa macam tu,sampai bila-bila.sampai hujung nyawa.sampai satu saat nanti aku masuk syurga,dengan izin Dia.(dan semoga kita semua jumpa kat situ,satu hari nanti insyaAllah ^^)

bagi aku,bahagia tu,hanya boleh rasa bila kau dekatkan diri dengan Pencipta.kalau kau nak bahagia yang sebenar-benarnya,jangan harapkan dari manusia.sebab manusia tak kekal.Allah je yang kekal.maka kalau nak bahagia yang long-lasting,cari pada Allah,Dia ada kuncinya.

cinta dekat Allah tu mahal.sebab tu dia punya level sepatutnya yang teratas dalam carta hati.sebab tu tak semua manusia mampu rasa.dan untuk rasa manisnya cinta Allah ni,aku rasa bersyukur.sangat bersyukur sebenarnya.Allah sudi campakkan rasa cinta walaupun hati aku ni dah banyak black spot,dah banyak ternoda.dan untuk rasa cinta Dia,itulah hakikat bahagia,yang sebenarnya.hati yang takde Allah takkan bahagia.trust me.

wahai Allah yang membolak-balikkan hati,izinkan aku (dan dia yang sedang membaca) untuk merasai nikmat cinta ini,sampai bila-bila.sampai saatnya kau takdirkan nafas kami terhenti.sampai saatnya kami diizinkan untuk menjejak syurga nanti.sampai saatnya kau izinkan kami bertemuMu Ilahi.Aaminn.Allahumma Aaminn.

itu baru secebis dari kisah cinta aku,yang sebenarnya baru nak belajar bercinta.nanti ada masa,aku cerita lagi ye?

and by the way,tak nak join aku belajar bercinta?
come hold my hand and lets walk to Jannah together :)




 


syukran jazilan kathiran=))

16 comments:

  1. syukran ya ukhti..syukran.. :)

    ReplyDelete
  2. wah~alhamdulillah..bgusnyew muhasabah enti..teruskan..ana kagum^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bukan siapa-siapa untuk dikagumi.semua pujian dikembalikan kepada Allah ^^

      Delete
  3. Jgn lpe tulis part 2 ye :')
    anyway, Jazakillah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaaAllah ada kelapangan dan idea nanti.
      jzkk,schoolmate :)

      Delete
  4. alhamdulillah.terasa bila membaca.
    ana juga pena trsungkur.
    tp bangkit krana Dia.
    ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. couldnt agree more.fall seven times,stand up eight ^^

      Delete
  5. Afifah, couldn't agree more.
    Lagi lagi part yang depan semua orang boleh je tunjuk tough tp the thing is menitik nitik air mata bila dengan Dia. :') and seriously it was the best feeling ever and ever and ever. Serious rasa mcm ada pendengar yang sangat setia mendengar all of our problems and happinesses.
    And, part yg qiam pun sama. Time tuu mmg laa rasa mcm masa tuu laa yang paling sesuai nak dating dgn Dia.
    I like it fifa. Thumbs up.
    -dila jasri-

    ReplyDelete
  6. Nak bercinta dgn Dia jugak..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah will do insyaAllah :)

      Delete
  7. amin.. y robbal alamin..
    syukron kasiron ukhty......

    ReplyDelete
  8. I baca tak sepenuh perasaan and tak amik port. So, ntah ler bab kita dengan allah ni hanya allah yang tau ..... cukuplah hanya yang tau .... takut jatuh hukum ujub riak takabur bila melihat orang menilai hubungan kita dengan allah.

    biler jadi mcm tu silap haribulan amalan kita jadi takde makna ...... keikhlasan adalah apabila kita beribadah dengan tangan kanan tangan kiri tak tahu .... inikan pula apabila satu dunia dah tau.

    hhhmmmm..... mungkin niat anda hendak berkongsi betapa indahnya ibadah..... hhhhmmmmmm but
    secara positifnya harap-harap penulisan anda dapat menarik pembaca supaya mengetahui betapa manisnya ibadah dan iman namun hudayahnya tetap datang dari allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bismillah.

      *tarik nafas dalam-dalam*

      firstly,tak pernah terlintas nak brag pasal ibadah qiyam tahajud and stuff tapi mungkin sebab saya niat nak share untuk sesiapa yang ada past yang kelam tak semestinya dorang takde future yang awesome.

      secondly,nak stresskan yang kekadang duka tu boleh jadi suatu permulaan untuk kita bahagia.so bila down tak perlu jatuh terlalu lama,kena bangkit jugak sebab Allah cipta kat dunia ni ada sebab tujuannya.

      thirdly,terima kasih sebab sangat peka sampaikan niat saya pun anda boleh ambil kira.tapi,insyaAllah saya ambil dari sudut yang positif.akan nilai dan edit semula mana yang perlu.

      anyway,jzkk.semoga Allah mengganjarkan anda dengan kebaikan :)

      syukran jazilan kathiran.

      Delete

'/>