Wednesday, January 23, 2013

saya kenal sayang saya ♥

bismillahirrahmanirrahim,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

assalamualaikum and hye everyone :)

menaip tatkala dinihari sambil ditemani suara sami yusuf,segelas sky juice,(tak payah nak sky juice sangatlah kenn padahal boleh je cakap air masak) dan juga sketch sketch doodle yang tak menjadi dan membuatkan ai rasa nak baham pintu.blerggghhh(bunyi apakah ini?).ya inilah bahananya apabila bakat melukis setitik so bila dah lama berhenti hamek kau bila nak lukis bulat menjadi bentuk sfera,lukis segitiga menjadi bentuk silinder,lukis trapezium menjadi bentuk piramid.apatah lagi pabila melukis manusia,sekali lihat seperti kucing,dua kali lihat seperti dinasour.tiga kali lihat,haaa barulah nampak rupa manusia.



******************************

sebelum bermula,jangan lupa berselawat kepada yang tercinta.




so lets start with some trivia question.
jawab dalam hati je eyy.i tak cukup bajet nak sponsor duit beli A4 hahaha maklumlah kiteww kerja maid jeww.k dah dah.turn on the serious mode please.

1)bilakah tarikh lahir rasulullah s.aw?
2)pada umur berapakah baginda wafat?
3)berapa orangkah anak dan isteri baginda?
4)apakah antara halangan baginda dalam menyampaikan dakwah?
5)benarkah kita cinta kepada baginda?

skema jawapannya tak disediakan.maaf.tapi bukan ke sepatutnya the exact answer dah ada dalam hati masing-masing.mungkin ada yang boleh bagi jawapan tahap high class,5/5.mungkin ada yang still mencongak-congak dalam kepala sebab dah tertukar bilangan isteri dan anak baginda,mungkin ada yang pergi google cari balik bila eh rasulullah lahir bila eh bila baginda wafat.mungkin ada yang berbisik"hek eleh afifah daim ni pun pepada lah soalan punnnn,aku mana nak ingat semua.tarikh lahir justin bieber aku tahu lah."bentak hati anda.mungkin ada yang mencari balik silibus silibus sirah quran sunnah mahupun syariah yang belajar dolu-dolu kut kut kalau ada yang masih melekat di celahan lipatan memori,tertimbus dek banyak sangat hafal lyric lagu dan dance step korea.eh.

saya bawakan beberapa persoalan lagi.tanya pada diri.

1)benarkah kita mencintai rasulullah lebih dari yang lain?

Dari Anas R.A,Rasulullah bersabda,"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seseorang yang dicintai olehnya,lebih daripada ibu bapanya,anak pinaknya,serta manusia seluruhnya."

a simple hadith and simple word.semua orang dah boleh recite dah hadith ni,sebab pergi memana majlis ilmu ke talk ke forum ke mesti ada je dengar.tapi,cuba tanya balik kat hati betul ke cinta dekat rasulullah ni lebih dari cinta ke parents.lebih dari cinta kat pakwe makwe.lebih dari cinta dekat kengkawan.lebih dari cinta dekat gadgets.lebih dari cinta kat makanan.eh.*sigh*





you know people.dalam cinta pun actually ada syirik sebenarnya.it is when you love something or someone more that you should love Allah and rasulullah.ataupun when you love something or someone the way you should love Allah and rasulullah.memanglah kalau tanya memana orang pun jumpa kat chow kit ke bukit bintang ke masjid ubudiah ke everyone will give the same answer."saya sayangkan rasulullah lebih dari segala-galanya.of course".muka confident je en jawab camtu.

oh yeah?anda pasti?

cinta tak dibuktikan dengan kata kata semata.no matter lah even you say the "i love you" words even for millionth times pun.tapi kalau takde effort pun,tak guna bro.sebab actions speak louder than words.

people nowadays banyak yang lebihkan dunia dari akhirat.tak payah tuding jari kat orang lain sangat lah kenn,diri sendiri pun T_T Allah semakin dipinggirkan dari hati,apatah lagi Rasulullah s.a.w,yang sepatutnya menjadi role model semakin banyak digantikan dengan artis-artis kpop,yang lately semakin bertambah dan bertambah dengan pesatnya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.(ayat tak nak kalah dengan karangan spm)


kita boleh recite bio artis kesayangan kita satu-persatu,daripada dia lahir kat mana,berat masa lahir berapa,masa kat sekolah dulu dia selalu dapat nombor berapa,masa lepas spm dulu dia buat apa,parents dia kerja apa,makwe dia orang mana.semua kita tahu.but on the other side,sirah nabi dipandang sebelah mata.hafal pun setakat sehari sebelum exam,tu pun sebab nak skor paper pendidikan islam.and bukan hafal semua pun.apa yang keluar spot tu je yang hafal sesungguh.habis exam,maka habis jugaklah hafalan sirah.and that is just very upsetting.*sigh*


2)benarkah kita mengamalkan sunnah rasulullah dan beramal dengan akhlak baginda?

"aku bukan nabi"
"aku tak perfect"
"aku bukan maksum"



manusia takkan pernah lari dari dosa.tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita tak berusaha.being perfect is impossible.tapi there's always room for improvement.Islam is about improving ourselves.orang mukmin ni,patutnya takkan jatuh dua kali kat lubang yang sama.


setiap dari kita tahu betapa mulianya akhlak baginda.how he treats the haters.how he treats the sinful person.how he treats his companions.akhlak rasulullah ialah Al-Quran.tapi kalau dah Quran pun baca aci tenggelam timbul je,tajwid ke mana bacaan pun ke mana nak faham jauh sekali.macam mana nak faham apa yang Allah cakap.hadith-hadith pun tahu setakat yang belajar kat sekolah je.dan tak buat semua pun.setakat belajar je lah.

tapi kalau dah tahu,tapi tak buat,lagi bahaya tahu?


tak payah cakap,"i tak tutup aurat pun.tapi perangai i lagi baik daripada orang yang pakai tudung labuh.dont judge the book by its cover."heh.tapi sometimes we should.kalau islam pakai prinsip tu then how come tetiba pulak ada ayat Quran suruh pakai tutup aurat kena tutup part ni part tu tak boleh dedah bla bla bla.


"Wahai orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan(dengan mematuhi segala hukum-hukumnya.Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."(Al-Baqarah:208)

islam is not about siapa pakai tutup aurat dulu,atau siapa yang lebih berakhlak dulu.islam ni macam package.when you take it,you have to to take it wholly.tak boleh amek part yang korang suka je,yang tak suka tak payah buat.korang suka tutup aurat so korang pun pakai tudung,tapi korang tak suka ukhuwah tak suka puasa sebab kena tahan lapar,so korang taknak buat.a big no.islam is not like that.yeah sama macam makan snake plate,mesti ada ayam dua ketul,ada coleslaw,ada kentang,ada bun.tak boleh nak sesuka hati nak buang coleslaw sebab tak suka sayur,dan sesuka hati tambah zinger burger sesuka hati.sebab bila dah order snake plate,nak taknak memang kena amek the whole package.kau nak burger pergilah order set zinger burger.(lapar pulak memalam buta cakap pasal burger ni heyyy)



3)adakah kita menggalas amanah yang Allah turunkan untuk umat Nabi Muhammad.?

"Kamu(umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang Allah turunkan untuk manusia.(kerana kamu) menyuruh berbuat kebaikan,dan mencegah dari melakukan kemungkaran,dan kamu beriman kepada Allah ..." (Ali-Imran :110)

so basically,ada 3 point dalam ayat ni.first,ajak kepada kebaikan.second,mencegah kepada kemungkaran.third,beriman kepada Allah.

tapi malangnya kini,norm dalam society membuatkan kita untuk pandang sesuatu maksiat itu sebagai satu benda biasa,malah ada yang pertahankan maksiat yang dorang buat.ketika ini,maksiat tidak lagi dipandang sebagai maksiat.maka terjadilah fenomena amar mungkar nahi makruf.maksiat dipromosikan di mana-mana.tak kiralah dekat tv,social websites,and newspapersand.you just can find it everywheeereee.



apakah yang telah kulukis ini hewhew 


4)adakah kita berselawat untuk Nabi Muhammad s.a.w.


"Manusia yang bakhil(kikir) itu ialah yang apabila disebut namaku mereka tidak berselawat kepadaku (HR Tirmizi)

part ni saya dah ingatkan awal awal lagi.sombongnya kita dengan rasulullah,dengar nama baginda disebut pun buat derk je.kemain kau action ye?padahal nanti kat akhirat itulah satu-satunya yang akan bagi syafaat kat kita.berselawatlah setiap hari.kalau selalu lupa nak buat,letaklah reminder dekat phone ke letak sticky notes dekat meja study ke so that setiap hari kita sentiasa berselawat lagi dan lagi kepada Nabi Muhammad s.a.w.tak rugi air liur pun.dapat pahala lagi.


cinta.tak semudah yang mampu diungkapkan.silalah refleks diri sendiri balik patutkah anda membuat muka confident dan cakap saya sayang rasulullah lapan ratus lapan ploh lapan kali dekat semua orang tapi dalam masa yang sama tak buat apa yang nabi suruh buat,tapi benda yang nabi larang lagi nak buat.tak cakap orang,diri sendiri pun sama je.shame on us.


susah nak pupuk cinta pada rasulullah.kalau karat jahiliyyah kemahen tebal bersarang di hati,dan diri lebih memenangkan hal dunia berbanding ukhrawi.sobsss :'(


nak ingat rasulullah bukan masa maulidurrasul je.ingat rasulullah sepatutnya sentiasa. continuously.saya bagi analogi.macam orang yang dah kahwin.ada ke patut ingat pasangan masa anniversary je?masa anniversary je yang pulun beli rose segantang beli hadiah beli macam macam tapi hari lain tak tunjuk pun love and appreciation kat dia.awak rasa the pasangan akan rasa disayangi tak?tak kan.tapi bezanya dalam situasi kita ni sebab rasulullah tak rugi pun kalau kita tak cinta dekat baginda,tapi kita yang rugi.saya tak cakap pun saya memang tak pernah tinggal selawat selalu 24/7 ingat nabi.tak.tapi,kita usaha sama-sama kay?


and lastly,





p/s~for people yang drop by silalah tinggalkan jejak anda tak kiralah di shoutbox mahupun komen so that saya boleh menjejak balik,jangan risau saya tak makan orang saya makan cheese je :P(bab membajet memang kelebihan saya)

p/s/s~fyi post ini mula ditaip sejak malam semalam.
syukran jazilan kathiran=))

10 comments:

  1. Replies
    1. salam maulidurrasul jugak untuk awak.
      semoga kita adalah dalam golongan yang mendapatkan syafaat di hari akhirat nanti.aamin :)

      Delete
  2. kiter suka baca kamu punyer blog yg mmg owwwwwsomeee sgt2!

    ReplyDelete
  3. setuju.. soofiyah pernah buat eksperimen interview org sme dye ingt tarikh lahir rasulullah, tempoh alqur'an n banyak lagi soalan sirah nabi.. xrmai yg mampu jwab,,.. malu..kecewa..

    ReplyDelete
  4. Ade seorang ustaz tuh penah cakap.sebut nme sahabat Rasulullah kene start dgn saidina.jgn gne nme je sbb die sahabat nabi.org yg tggi pngkt nye,tpi kite sebut nme die mcm kwn kite punye nme je.just nk share tu je.Harap dapat tambah ilmu same2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye?
      sorry,saya pun kekadang terlepas pandang.
      thanks for the teguran.
      btw barakallahu fik,schoolmate :)

      Delete
  5. Soal hati sukar dimengertikan .... Itu hak Allah ... tapi apa gunanya amalan yang bertimbun tapi langsung Allah tak terima kerana dalam amalan tu diiringi rasa riak ujub dan takabur.

    Pernah suatu ketika sedang saya mengaji tetiba datang rasa riak tanpa diundang. I tak tau mcm mana nak stop that perasaan yang datang secara tiba-tiba at the same time i tau itu membatalkan amalan. So i berhenti mengaji mencari dosa lampau then sambung balik amalan itu dengan niat untuk mensuci dosa.

    Ur mistake will complete ur life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasa nikmat bangkit kalau tak pernah jatuh kan?
      thanks for the advice anyway :)

      Delete

'/>