Thursday, December 27, 2012

kalau cinta apa buktinya? (Part I)

bismillahirrahmanirrahim,in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

assalamualaikum dearest followers,readers,silent readers :)

well,the school holidays gonna end so soon.so kepada hadek hadek silalah get ready untuk the upcoming school session.jangan tidur lewat.jangan online memanjang siapkan homeworkss jangan malas malas tau.*cehh padahal diri sendiri pun dulu sama sebenarnya bajet k bajet* study elok elok,dapat results flying colours,boleh naikkan pride us as muslims.umat Islam harus cemerlang.bukankah begitu?

kemain lagi membebel mentang mentang lah dah habis sekolah kekeke :D



credit


Dalam sebuah hadith Qudsi,nabi bersabda bahawa Allah berkata;
Jika Allah mencintai seorang hamba,maka Dia memanggil Jibril."Wahai Jibril,sesungguhnya Aku mencintai si fulan,maka cintailah dia.Lalu Jibril memanggil,"Wahai penduduk langit,sesungguhnya Allah mencintai si fulan,maka cintailah dia".Lalu penduduk langit pun mencintainya.


credit



hadith ini merupakan hanya secebis daripada bukti bukti cinta Allah kepada kita.sesungguhnya Alah menciptakan rahmat itu dalam 100 bahagian.Dia menurunkan satu bahagian rahmat itu ke dunia,manakala 99 bahagian lagi disimpan di sisiNya.dan dengan satu bahagian rahmat itulah seorang ibu dapat menyusui seorang anak dengan penuh kasih sayang,seorang ayah dapat membesarkan anaknya dengan penuh cinta,dan haiwan sanggup mengangkat kakinya supaya dia tidak memijak anaknya.ya,hanya dengan satu bahagian rahmat itu makhluk di bumi dapat hidup dalam keadaan kasih sayang.lalu bagaimana pula dengan 99 bahagian rahmat yang ada di sisiNya.masyaAllah,sungguh,ketinggian rahmat Tuhan itu takkan terjangkau dek akal pemikiran kita yang sangat terbatas.

and this is another heart-warming hadith(qudsi) about the love of Allah,


“Sesungguhnya antara Aku dan hambaKu terdapat berita yang besar:Aku menciptakan mereka tapi mereka menyembah yang lain.Aku yang memberi rezeki kepada mereka,malah mereka berterima kasih kepada yang lain.Kebaikanku mengucur terus kepada mereka,malah mereka membalas dengan kejelekan.Aku mendekatkan diriku kepada mereka(supaya mereka mencintaiKu),tapi mereka menyambutnya dengan dosa-dosa,padahal mereka sangat perlu kepadaKu.Orang orang yang senang berzikir,adalah orang orang yang suka pada majlisKu(berkumpul denganKu),maka barangsiapa yang hendak selalu berada di majlisKu,hendaklah dia selalu berzikir.Orang orang yang taat padaKu adalah orang orang yang aku cintai.Orang orang yang berbuat maksiat,tidak akan Aku putuskan harapannya untuk kembali kepadaKu.Seandainya mereka kembali kepadaku,maka Aku adalah kekasih mereka.Barangsiapa yang datang padaKu dengan bertaubat nescaya Aku akan sambut mereka dari jauh.Barangsiapa yang berpaling dariKu akan Aku panggil mereka dari dekat.Aku akan berkata kepada mereka:Ke manakah engkau mahu pergi?Apakah engkau punya Tuhan selain Aku?Satu amal kebaikan aku balas dengan sepuluh pahala.Sedangkan satu kejahatan,Aku balas dengan satu keburukan,atau Aku ampuni.Demi kemegahan dan keagunganKu,apabila mereka memohon ampun nescaya Aku akan mengampuninya”.

lalu siapakah kita untuk tidak mencintai Allah?atas alasan apa lagi untuk kita tidak mencintaiNya?dan kalaupun kita tidak mencintai Allah,ia takkan dapat bagi mudharat kat Allah even sekuman pun.tapi siapa yang rugi?kitalah yang rugi.kita.ya,kita.



credit

sungguh,jalan untuk mencintai Allah itu sangat banyak.tinggal atas kita je untuk usaha cari cinta Allah tu.kalau nak ikutkan,each and every single of us boleh mengaku cintakan Allah.semua boleh cakap "oh i love Him more than anything else" "He is always in my heart" "Dialah di hati" "takde siapa yang boleh ganti kedudukan Allah dalam hati saya" so and so.tapi kata kata tak cukup untuk manifestasikan how deep you love Allah.its the efforts yang matters.Allah tak tengok natijah,Allah tengok usaha.


berusahalah,selagi mampu berusaha.bermujahadahlah,selagi waktu masih ada.segala yang awak ada semuanya milik Allah.dan Dia boleh tarik nikmat nikmat tu bila bila je yang Dia kehendaki.gunakanlah segala nikmat yang awak ada itu untuk mencari cintaNya.yakinlah yang Dia nilai semua effort awak.Dia pandang semua mujahadah semua perit semua dugaan mahupun mehnah yang awak harungi tu.susah memanglah susah,apa awak ingat nak masuk syurga yang eksklusif tu semudah memasak maggi kari?tidak,sekali kali tidak.sedangkan rasul-rasul mahupun sahabat-sahabat terdahulu berjuang bermati-matian untuk menyebarkan Islam.sedangkan saudara seIslam yang berjuang di Gaza,Rohingya mahupun Syria mengorbankan nyawa dan darah untuk syahid maka mereka dapat mendapat tiket VIP untuk menembus syurgaNya.dan awak,hanya mengharap dapat masuk syurga dengan berlenggang kangkung mahupun goyang kaki sahaja.ewah ewah,banyak cantik muka awak.



"Apabila hambaKu mendekatiKu dengan jarak sejengkal,nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.Apabila dia mendekatiku dengan jarak sehasta,Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan,nescaya Aku akan mendekatinya dengan berlari-lari anak (Riwayat Bukhari)

credit




wanna know tips on how to fall in love with Allah?
tunggu part seterusnya.
ohh bytheway ada orang tanya link ask.fm,so here it is
feel free to drop by kalau ada pape nak tanya.
tapi kalau soalan gedik gedik sorrylah i tak layan *muka bajetss*





*will update the sambungan part soon.insyaAllah :)



k dah bai nak pergi dinner.
till then,may Allah bless all of you.
and thank you for reading!





syukran jazilan kathiran=))

1 comment:

  1. Alhamdulillah.... moga2 kita juga selalu mengingati dan bermujahadah dan tidaklah semuda yg di sangka utk kita mencintai allah swt, apa pun jalannya adalah mengikut cara yg ditunjuk oleh Nabi Baginda SAW, alangkan dia pun bermujahadah apatah lagi kita yg berada d penghujung zaman yg di ibaratkan seperti menggengam bara api.....

    ReplyDelete

'/>