Thursday, April 10, 2014

sebab rindu

Bismillah.in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.
assalamualaikum and hye.
menulis atas dasar rindu.
ya،rindu.
rindu--
saat khilafah tertegak dan takluk hampir 2/3 dunia.
rindu--
saat hiburan kita adalah Quran،rehat kita adalah ketika berjumpa Tuhan(solat)
rindu--
pada jiwa-jiwa pemuda yang sarat dengan hamasah jihad،dan meletakkan syurga sebagai garisan penamat.
rindu--
pada mata-mata yang bangun di 1/3 malam untuk sujud dalam keadaan khusyuk dan tawaduk،kerana tiadalah bagi mereka sebaik-baik ketenangan melainkan di saat kasih dan redhaNya yang datang memeluk.
rindu--
pada hati-hati yang berjuang untuk hidup sebagai mujahid،dan mati sebagai syahid.
masa berlalu pergi.dan zaman pun bertukar ganti.
Islam yang dulu،bukan seperti Islam yang sekarang.
eh،silap.
Muslim yang dulu،tak seperti Muslim yang sekarang.
seiring dengan masa yang berlalu pergi،ruh Islam pun makin pudar dari hati.
buka mata.
lihat dunia.
apa yang terjadi pada Islam kita?
Muslim ditindas diseksa dibunuh dari setiap penjuru dunia،Islam tak lagi dipandang mulia،hukum-hakam dipandang sebelah mata،hedonisme berleluasa،maksiat dosa menjadi budaya.
Islam yang kita anuti sekarang adalah Islam yang sama dengan Islam yang Nabi SAW anuti.
tapi kenapa Nabi saw dan sahabat berjaya،sedangkan kita tidak?
jawapan cliche.kurang kefahaman dan praktis agama.
suka untuk saya highlightkan peranan kita sebagai orang muda.semorang tahu kan betapa berharganya kita untuk ummah ini?semorang tahukan masa depan ummah ini terletak pada bahu-bahu kita?

wake up،everyone.kita bukan bermimpi di siang hari.ini realiti.
realiti yang kita kena islah diri supaya dapat islah ummah suatu hari nanti.realiti yang kita kena tegakkan dulu Islam dalam diri baru boleh nak tegakkan Islam di muka bumi.realiti yang Islam tak perlukan keyboard warrior yang asyik pum pang doploh pat jam،tapi amalan takde.realiti yang ummah ni bukan lagi takat tidur،bahkan dah koma dah.tugas siapa untuk sedarkan ummah yang nazak ni?

kita.
ya،kita.

how?
dengan tak terlalu duduk dalam safe zone،buka mata،step out dan lihat betapa lemahnya ummah ini.
mementang lah kita ni usrah ada je orang bagi pengisian tetiap minggu،mementang lah sekeliling kita ni kawan soleh solehah،mementang lah sekeliling kita ni majlis ilmu ada kat mana mana.
kita pun rasa cam "wah indahnya hidup dalam biah solehah" sampai kita butakan mata dan pekakkan telinga pada kritikalnya keadaan ummah di luar sana.
bukak internet.check statistic.
out of millions berapa percent je muslim yang solat 5 waktu sehari?
out of 1 hour how many anak luar nikah lahir?
out of one day how many married couple bercerai?

dan kita masih boleh duduk dan kata "alhamdulillah aku muslim dan duduk dalam keluarga yang faham Islam kekawan pun soleh(ah) oh dah boleh masuk syurga dah ni"




ummah ni macam satu jasad.yang bila satu anggota sakit,anggota yang lain pun terasa sama.kita sesama satu ummah,kena cakna hal ummah apa jadi dekat mesir,palestin,iraq,rohingya.kena tahu masalah ummah.kena tahu sebab apa ummah ni tenat.kalau tak tahu masalah acane nak selesaikan.kalau tak tahu sebab jatuh acane nak bangkit balik?

ummah ni merindukan pemuda-pemuda yang bukan setakat soleh(ah),bahkan yang musleh(ah).yang baik dan membaikkan orang sekeliling.moga Allah tetapkan hati dan pilih kita untuk sesama turut serta dalam gerbah dakwah ini,sehingga ia tiba ke destinasinya.Allahumma Ameen.

jom jadi soleh(ah) dan musleh(ah)? :)


syukran jazilan kathiran=))